>Al – Baqarah

Standard

>

Assalamualaikum…..

Bismillahhirrahmanirrahim,… (dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Pemurah) , serta selawat & salam ke atas nabi junjungan Muhammad SAW.

Kebelakangan ni, wany tgk, mcm da ramai sgt org yg membela kefahaman mereka sndri dari segi agama .. terutama yg beragama Islam, memberikan hujah lebih mengutamakan akal dari nas2 yg sepatutnya di pakai dan digunakan.

Wani nak berhujah dan berdebat pun, wany bukan nya banyak ilmu. Lagi pun, kalau kita nak bertekak dgn org yg mmg da “keras” dgn pendiriannya mmg akn tegar dgn pemahamannya terhadap sstu.

Dekat kolej wany pun, wany tgk mcm ramai yg MURTAD. Senang cyter kua Islam la kan. MasyaAllah. Sbrnya wany kesian tgk dowg, tak malu lansg menunjukkan amalan kejahilan dorg dkt org ramai , kpd kawan2 yg dowg  ni tak puasa la, tak solat la, tak pegi solat jumaat la. Maaf kalau wany katakan di sini, tp kbykkan kwn2 kolej wany yg wany tgk mcm da lari dari ajaran Islam sbnrnya ni adlh Lelaki. Perempuan tu ada jugak, tp tak menonjol, mcm yg lelaki. Bila dorg ckp dosa2 dowg depan public kononya “AKU NI TAK HIPOKRIT, BAJET BAIK.” mempersendakan kawan2 yg lain yg  menyebarkan kebaikan… Subhanallah ..

Bersyukurlah kita kerana masih dapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Kesian kepada mereka yg da lari dari Islam yg sbnrnya.

maksudnya :

“..Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar….”


[al-Baqarah : 6-7]

Adakah mereka tak thu kebenaran Islam? Atau sengaja tak nak menerima nya. Tak pun, adakah mereka nk mencari publisiti murahan dgn menggadaikan AQIDAH mereka ? ataupun mereka Ego? huhh… mengeluh pnjg wany memikirkan hal ni…

Wany bukannya org alim.. tapi Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati dgn mudah utk mengubah diri mnjdi muslimah lbih baik dari dulu dan Allah memberi kasih syg-Nya dgn membrikan Wany ketengan hati bila memikirkan Wany sedang mengubah diri Wany. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Golongan yg tidak beriman ni, ALLAH telah berfirman dalam kalamNya, dalam surah AL-BAQARAH bermaksud :

“.. Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat..”,  padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8)

 Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang2 yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) 

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (& mendustakan kebenaran). (10) Dan apabila dikatakan kepada mereka : “..Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi..”, mereka menjawab :

“..Sesungguhnya kami orang2 yang hanya membuat kebaikan. (11) Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang2 yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. (12) Dan apabila dikatakan kepada mereka :

“..Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: …” Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang2 bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang2 yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (13)

 Dan apabila mereka bertemu dengan orang2 yang beriman, mereka berkata : “..Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan2 mereka, mereka berkata pula : “..Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang2 yang beriman)(14)

 Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)(15) 

Mereka itulah orang2 yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk ; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat. (16) 

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)(17) 

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (18) 

Atau (bandingannya) seperti (orang2 yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat ; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing2 dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang2 yang kafir itu. (19)

 Kilat itu pula hampir2 menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap2 kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. (20) 

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang2 yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang2 yang) bertakwa. (21) 

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22) 

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu dan panggillah orang2 yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang2 yang benar. (23) 

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu Neraka) yang disediakan untuk orang2 kafir. (24)

 Dan berilah khabar gembira kepada orang2 yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap2 kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata : Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan2 , isteri2 yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (25)

 Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang2 yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang2 kafir pula maka mereka akan berkata :

“..Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini?..”

(Jawabnya) :  “..Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang2 yang fasik. (26)

 (Iaitu) orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang2 yang rugi. (27)

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (28)

(ayat 8-28 )

Indah sungguh ayat Allah… pengertiaan yg sgn mendalam … dan memberi kesan kepada sesiapa yg ihklas membaca kalamNya serta cuba utk memahaminya..

Wany sentiasa berdoa supaya kita sume terpelihara dari tipu helah syaitan.. dan supaya Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya pada kita dan dikurniakan hidayah yg tiada nilai harganya.

Semoga iman kita makin bertambah ..dan menjadi muslim & muslimah yg lebih baik. AMEN.

sekian shj. terima ksih sbb luangkan masa.

“Sesungguhnya apa yg baik itu dtgnya dari Allah SWT, manakala yg buruk dan salah itu dari diri wany sndri..”

SALAM UKHUWAH, WASSALAM🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s