>syirik

Standard

>

                Dari segi bahsa  .. SYIRIK bermaksud perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah..

MasyaAllah , bahaya sungguh dgn manusia yg mensyirikkan allah ni. Sehingga kan sampai dalam Quran sndri ada menyatakan ttg amaran kpd manusia2 yg mensyirikkan allah ni.

Allah ada berfirman dalam kalamNya bermaksud :

 “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” 


– (Surah al-Ma’idah : 72) –

Allah ada berfirman lagi :

 “Bahawa sesungguhnya AllahTIDAK akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” 


– (Surah an-Nisa’ : 48) –

Allah yg Maha Besar lagi Maha mengetahui .. sungguh dasat amaran ni … apakah berani saudara menyekutukan Allah dgn yg lainnya?? sedangkan kita hidup di bumi Allah . dan setiap rezeki dan kebaikan itu datgnya dari Allah, tp tetap melakukan pkra terkutuk itu??

Syirik dikatakan sebagai satu kezaliman yang sangat besar kerana manusia yang diciptakan Allah, diberi rezeki oleh Allah, kehidupan oleh Allah, tetapi ia tidak tahu berterima kasih bahkan menyekutukan Allah dengan yang lain.


 Allah berfirman yang bermaksud :


 “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” 


– (Surah Luqman :13) –


 Rasulullah SAW telah mengajarkan sebuah doa agar terhindar daripada dosa syirik iaitu :

Syirik ni ditegaskan byk kali dalam Islam … baginda juga da berpesan , bermaksud :

Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak 3x. Sahabat menjawab : Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.” 


Seorang sahabat bernama Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW : 


“Apakah dosa yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda : “Engkau menjadikan suatu yang lain sekutu bagi Allah sedangkan Dialah yang menjadikan kamu..”


-RIWAYAT MUSLIM-

 JENIS SYIRIK —>

  •  syirik khafi (kecil & tersembunyi) 

  •  syirik jali (terang & nyata).–> Boleh dianggap smpai KUFUR


SYIRIK JALI : boleh terjadi dlm 3 keadaan

  1. Menerusi i’tiqad
: meragui atau menafikan kewujudan Allah,seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik !

     2.  Menerusi perbuatan atau amalan

: memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu sbb pcye yg kubur itu ada keistimewaan ataau sbgainya juga adalah unsur syirik, ulama menjelaskan perbuatanterlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpinjuga adalah perbuatan syirik.!

kemenyan tu adalah MAKANAN SYAITAN !


     3.  Menerusi lidah atau perkataan.

  • menghalalkan perkara haram (contoh ; cukur kening, dan etc ) 
  • mengaku keluar daripada agama Islam ( murtad )
**kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.**


SYIRIK KHAFI  

apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu ?

 dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud :

 “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal soleh & janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” 


– (Surah al-Kahfi : 110) –

Baginda pun ada berpesan kpd sahabat2 supya jgn melakukan & berhati2 dgn syirik kcil ni..

tapi, apa tu syirik kecil ????

: syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.🙂

CONTOH-CONTOH SYIRIK

  • keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun 
  • pcya kpd kuada yg ada pada tangkal / azimat
  • keyakinan rezeki seperti gaji dtgnya daripada manusia
  • riak
  • beramal untuk manusia
  • dengki
  • tidak ikhlas, dan sbgainya 

Hadis lain, daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi 7 perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu

1 .mensyirikkan Allah

2. melakukan perbuatan sihir,
3. membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar, 
4. memakan harta anak yatim, 
5. memakan riba, 
6. lari daripada medan peperangan dan
7.  menuduh perempuan Mukmin suci melakukan zina.


 – (Hadis riwayat Muslim)


sampai sini shja lah wany mampu mengupas sdikit sbyk pasal syirik ni . Jadi , pesan Wany, jgn la kita lakukan amlan syirik ni, walupun yg kecil, apatah lagi yg besar .

Jaga diri, jaga iman, jaga AQIDAH,  Insyaallah hidup kite akan diberkati dan deberi rahmat oleh Allah🙂
Wallahualam.

Assalamualaikum🙂


About Noor Alwani Zolkifli ( NAz )

Lioness .. HAHA . don't worry ! I won't bite you . I'm nice ;) hehe . . The one and only child. based on my own STATISTICS : ██████ 85% malas ████████ 100% mulot bising ████████100% manje ████ 50% nakal ████████ 100% comel ███████ 90% jujur ████████ 100% setia TQ.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s