Keluarga Nabi SAW : part 1

Standard

Assalamualaikum

Kali ni wany teringin sgt cerita psl salasilah keluarga nabi .. tp yg pastinya, apa yg wany ceritakan ni ringkasan .. mksdnya , wany mulakan cerita ni bermula dari Datuk Baginda yg bernama HASHIM sehingga lah selepasnya insyaallah🙂

Bismillah …

Keluarga Nabi SAW dikenali dgn pggilan HASHIMIY iaitu dinisbahkan kepada datuk baginda –>

HASHIM BIN ‘ABDU MANAF. 

  1. Hashim :

Hashim merupakan org yg  bertanggungjawab mengendalikan  urusan siqayah ( minuman haji ) & rifadah ( makanan jemaah haji )

yg kemudiannyaa diserahkan Bani ‘Abdu Manaf ketika diadakan persefahaman antara Bani ‘Abdu Manaf dengan Bani ‘Abd al-Dar utk membahagi jawatan la kira ni.

Hashim org yg sgt disenangi dan dihormati. Beliau adalah org pertama bagi makan THARID ( bubur roti  ) kpd jemaah haji di Mekah.

Nama sebenar Hashim adlhAmru.

Beliau di beri nama Hashim kerana beliau memecahkan roti iaitu smpena p’kataan HASHM ( memecahkan )

( iaitu utk di buat bubur kepada jemaah haji ).

bubur roti🙂

Dia lah org pertama yg mempelopori 2 perjalanan pada musim sejuk & perjalanan pada musim panas.

Masa dulu, kalau ada org yg disegani & dihormati, pasti akan disebut oleh para2 pnyair arab ^_^ Syair tu begini :

‘Amru yang memecahkan roti untuk kaumnya

Kaum di Mekah yang  ketandusan & kebuluran 

Dia merintis 2 perjalanan utk kaumnya

Perjalanan musim sejuk dan musim panas..

Beliau pergi ke Syam utk berniaga.. dalam perjalanan tu beliau tlh smpai ke Madinah & di situ jugalah beliau berkahwin dgn SALMA BINTI AMRU ‘ADIY BIN AL-NAJJAR di Madinah .

Masa di Madinah, Beliau smpat ” BERSAMA ” ( faham kan? ) dgn isterinya… lepas tu beliau keluar pergi Syam.. sedangkan masa tu Salma tgh mengandung ..

Masa dalam perjalanan Hashim telah pun meninggal dunia  di Ghazzah, Palestin. Dan saat tu lah Salma telah melahirkan ank iaitu ABDUL AL-MUTALLIB pada tahun 497M.

Abdul al-Mutallib telah dinamakan Shaybah ( uban ) kerana rmbut kt kpale beliau. Salma telah mengasuh Abdul al-Mutallib di rumah bapanya di YATHRIB. 

Tiada seorang pun dari keluarga Hashim yg thu psl kelahiran Abdul al-Mutallib ni.

Untuk pengetahuan sahabat2 yg wany kasihi sekelian.. Hashim juga mmpunya 4 anak laki & 5 anak permpuan iaitu :

  1. Asad
  2. Abu Sayfi
  3. Nadlah
  4. Abdul al-Mutallib
  5. Al-Shifa
  6. Khalidah
  7. Da’ifah
  8. Ruqayyah
  9. Jannah
Insyaallah, sampai sini dulu wany berhenti … akan wany smbung keluarga2 nabi yg seterusnya dalam blog yg akan dtg .. Hari pun dah nk maghrib … 

SELAMAT BERBUKA & BERSAHUR  ;)

Wassalam🙂

About Noor Alwani Zolkifli ( NAz )

Lioness .. HAHA . don't worry ! I won't bite you . I'm nice ;) hehe . . The one and only child. based on my own STATISTICS : ██████ 85% malas ████████ 100% mulot bising ████████100% manje ████ 50% nakal ████████ 100% comel ███████ 90% jujur ████████ 100% setia TQ.

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s